Dari Meja Ketua Pengarang

ayoblogo

 

 

 

 

 

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dengan visi kearah mewujudkan industri pertanian berdaya saing, pengeluaran produk berkualiti, selamat dan mesra alam, serta berorientasikan eksport. Agro Bisnes Enterprise komited untuk memberikan perkongsian maklumat berkaitan dengan isu-isu dan informasi pertanian kepada pengusaha-pengusaha pertanian melalui pengalaman pertanian teknologi terkini disamping melaksanakan khidmat perundingan.

Selaras dengan komitmen tersebut, Agro Bisnes Enterprise nenetapkan dua perkhidmatan terus. Pertama, mengekalkan perkhidmatan pengembangan teknikal kepada golongan sasar dan pelanggan bagi meningkatkan daya pengeluaran terutamanya sektor tanaman dan pertanian. Blog ini memuatkan status dan informasi terkini berkaitan dalam bidang pertanian. Aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan petani yang dapat membantu menambah ilmu dan pengetahuan kepada pembaca khususnya golongan petani.

Diharapkan blog ini menjadi media perhubungan antara kami dan juga pembaca. Edaran majalah adalah melalui konsesi jabatan kerajaan dan swasta, institusi pengajian tinggi awam dan swasta, dan golongan khusus seperti petani dan penternak.

Saya berbesar hati mempelawa semua pembaca memanfaatkan informasi yang dikongsikan dalam blog ini dan diharapkan dapat membantu memajukan industri pertanian negara.

Sekian, terima kasih

Ayob Hassan (Ketua Pengarang Agro Bisnes Enterprise)

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s