Peranan Agensi

MARDI , FAMA NADI TRANSFORMASI PERTANIAN MODEN

PENGENALAN

Sektor pertanian mampu menyediakan tapak lonjakan mahupun pertumbuhan ekonomi kearah samada melalui perindustrian pertanian . Daripada ekonomi yang bergantung kepada beberapa komoditi eksport seperti getah dan timah pada tahun 1960an. Ekonomi Malaysiaterus berkembang dengan pelbagaikan keluaran telah dipelbagaikan dan menjadi pengeksport utama dunia untuk beberapa keluaran asas tani seperti minyak sawit, getah, kayu- kayan dan koko. Ditahap awal pembangunan sektor pertanian telah menjadi penjana utama pertumbuhan. Dalam tahun 1960an sektor pertanian domestik berperanan sebagai sektor yang membekalkan makanan utama untuk penduduk yang kian bertambah, menyediakan peluang pekerjaan, menyumbang kepada pendapatan eksport negara, mengumpul simpanan untuk pelaburan industri dan menyediakan bahan mentah untuk pertumbuhan industri asas- tani.

logo-mardi

INSTITUT PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN PERTANIAN MALAYSIA (MARDI)

Justeru itu bagi menjayakan hasat kerajaan untuk mentranformasikan idustri pertanian sebagai pertanian makanan MARDI telah diamanah untuk menjalankan penyelidikan dalam bidang makanan dan pertanian dan industri asas tani. Telah ditubuhkan pada 28 Oktober 1969 mengikut Akta MARDI (Akta 11) dan mula beroperasi pada Mac 1971. Usaha penyelidikan MARDI selama hampir 40 tahun telah menghasilkan pelbagai pilihan dan klon tanaman baru, baka ternakan baru dan kaedah pengurusann pertanian moden. Teknologi terkini telah juga dihasilkan dalam bidang pemprosesan makanan dan pengendalian lepas tuai bagi produk hotrikultur dan ternakan. Teknologi ICT turut dimanfaatkan dalam pengurusan dan pengendalian ladang seperti teknologi ”penanaman tepat” atau precisionfarming bagi tanaman padi serta penganggaran hasil tanaman menerusi teknik pengimejan. Teknik-teknik baru juga dimajukan untuk pengurusan alamsekitar dan sumber pertanian terutamanya air, tanah dan sumber genetik dengan lebih cekap.

Fungsi MARDI

• Menjalankan penyelidikan dari segi sains, teknikal, ekonomi dan sosial berkenaan dengan: pengeluaran,penggunaan dan pemprosesan segala tanaman (getah, kelapa sawit dan koko), ternakan dan makanan dan perladangan campuran.

• Pusat pengumpulan dan peyebaran maklumat dan nasihat berkenaan dengan perkara saintifik, teknikal dan ekonomi yang berkaiatan dengan industri makanan dan pertanian serta industri asas tani, melalui apa cara termasuklah penerbitan laporan, terbitan berkala dan kertas kerja berhubung dengannya sera mengelolakan pameran, persidangan, syarahan dan seminar

• Memberikan perkhidmatan pakar dalam industri makanan dan pertanian serta industri asas tani seperti perkhidmatan, perundingan, makmal analisis, jaminan kualiti serta R&D kontrak

• Memberi latihan dengan apa juga cara untuk kemajuan industri makanan dan pertanian serta industri asas tani

• Memberi geran untuk R&D dalam bidang sains tulen dan gunaan, teknikal dan ekonomi berkenaan dengan industri pertanian

• Mengekalkan hubungan dengan organisasi lain, sama ada awam atau swasta, dalam atau luar negara yang mengambil bahagian dalam penyelidikan saintifik, teknikal, ekonomi dan sosial berkenaan dengan industri makanan dan pertanian serta industri asas tani

• Menjalankan penyelidikan dan pengeluaran berbentuk komersial

• Membangunkan, mempromosikan dan mengeksploitasikan penemuan penyelidikan

• Memberi perkhidmatan pengembangan kepada industri makanan dan pertanian serta industri asas tani

1401694275-8321_3_o

LEMBAGA PEMASARAN PERTANIAN PERSEKUTUAN (FAMA)

Selain itu MARDI Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang ditubuhkan pada 30 September 1965turt berperanan untuk menyelia, menyelaras dan meningkatkan pemasaran produk pertanian di Malaysia, termasuk mengawal aktiviti import dan eksport produk pertanian kecuali nenas, getah, minyak kelapa sawit, padi, beras dan tembakau; dan menyediakan kemudahan kredit untuk pemasaran produk-produk tersebut serta perkara-perkara berkaitan.

Fungsi FAMA

• Menyelaras aktiviti -aktiviti pemasaran pertanian sama ada yang melibatkan pihak swasta atau jabatan/agensi kerajaan

• Memperbaiki sistem pemasaran dan memperluaskan serta memajukan pasaran baru bagi hasil-hasil pertanian Malaysia

• Bekerjasama dengan pihak swasta dan jabatan/agensi kerajaan bagi mewujudkan sistem pemasaran pertanian yang cekap dan berkesan

• Membangunkan dan memajukan pengurusan yang cekap di dalam industri pertanian, berkaitan dengan aktiviti pemasaran atau pemprosesan hasil-hasil pertanian

• Melibatkan secara langsung di dalam industri pertanian, terutamanya di dalam aktiviti pemasaran dan pemprosesan hasil-hasil pertanian.

SUMBANGAN AGENSI KEPADA PERTANIAN

1. Memudahkan pekerjaan dalam sektor pertanian. Dengan kaedah-kaedah moden seperti pengekstraktan kelapa sawit menggunakan kaedah bioteknologi, kepakaran dalam teknologi pembenihan dan ternakan udang galah. Penyelidikan dalam segi pengangkutan juga mempercepat pemasaran hasil pertanian secara berkesan

2. Menaikkan produktiviti pertanian penyelidikan dan pembangunan dari segi memajukan produktiviti hasil pertanian seperti kelapa sawit, petroleum telah memasukkan infrastruktur yang moden untuk memperbanyak hasil mahupun memodenkan industri tersebut

3. Pembangunan bidang genetik (genetical engineering) membantu industri pertanian menghasilkan hasil tanaman yang lebih banyak dengan menyelidik pengabungan genetik yang baru dan lebih efektif dalam meningkatkan produktiviti tanaman

4. Penyelidikan dari segi sistem pengairan yang moden telah membolehkan penanaman padi dua atau tiga kali setahun dan dipercayai akan meningkat lagi pada masa hadapan

5. Penggunaan jentera seperti jentolak, jentuai dan traktor juga membantu meningkatkan daya pengeluaran hasil tanaman

6. Memperketatkan kawalan perosak tanaman. Penggunaan baja kimia dan racun serangga telah meningkatkan lagi produktiviti hasil pertanian.

7. Memperbaiki biodiversiti dan ekosistem Penanaman semula dengan kaedah pembernihan yang canggih juga tidak menjejaskan keseimbangan ekosistem

8. Menjimatkan kos pertanian . Adanya agensi-agensi kerajaan seperti MARDI dan FAMA yang ditubuhkan untuk membantu petani dalam penggunaan peralatan moden, cara penanaman moden serta mengatasi masalah pertanian. Ini telah berjaya menyakinkan pihak kerajaan untuk menawarkan pelbagai skim dan bantuan modal serta pelaburan yang amat berkesan menjimatkan kos industri pertanian Penciptaan dan penggunaan teknologi moden menjimatkan kos buruh yang secara efektif membantu pihak perindustrian pertanian mengurangkan kos, secara tidak langsung juga mengurangkan kos pembelian di pasaran tempatan

9. Bank Pertanian Malaysia merupakan pembiaya utama sektor pertanian di Malaysia seperti menggalakkan kemajuan pertanian yang sempurna di dalam Malaysia atau di mana-mana bahagiannya, menyelaras dan menyelia bantuan kredit dari kumpulan wang awam untuk maksud pertanian kepada orang perseorangan, kumpulan orang samada diperbadankan atau tidak, mengadakan kemudahan pinjaman, pendahuluan dan kredit untuk kemajuan pertanian termasuk penghasilan dan pemasaran, menyelenggara wang simpanan khususnya dalam bidang pertanian. Disamping itu Pusat Latihan telah dibina oleh Bank Pertanian Malaysia bagi mengendalikan kursus dan latihan di atas untuk pelanggan-pelangannya di samping kakitangan Bank Pertanian Malaysia sendiri.

pertanian-adalah-perniagaan

Advertisements