STRATEGI USAHAWAN TANI

Pemasaran Produk Pertanian

Sebahagianusahawan-2 usahawan tani tidak mampu ataupun tidak mempunyai peluang bagi mengadakan promosi kerana kos promosi yang tinggi dan dengan ini pemasaran produk tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan sekaligus mengakibatkan jualan produk merosot dan seterusnya pendapatan mereka berkurangan. Pengguna juga sukar mendapatkan produk hasil usahawan tani kerana kebanyakan usahawan tani tidak mampu untuk memasarkan produk mereka dihypermarket dan kedai-kedai runcit.

usahawan-7

Pasar tani

Lantaran itu Program Promosi Produk Usahawan tani atau Industri Kecil dan Sederhana  di Pasar Tani amat sesuai kerana kosnya yang murah dan capaian kepada pengguna yang berkesan. Boleh dikatakan hampir semua usahawan dalam perusahaan kecil dan sederhana bermula secara kecil-kecilan seperti menjual secara persendirian atau di pasar tani.

Tujuan pemasaran produk ini dibuat adalah sebagai satu saluran untuk pengguna mendapatkan produk usahawan tani dengan harga yang berpatutan selain dapat membantu usahawan memasarkan produk keluaran mereka dengan lebih teratur dan terurus. Selain itu, usahawan juga dapat mengadakan promosi dan jualan dengan kos yang minima.Antara langkah yang boleh diambil dalam memasarkan produk usahawan tani ini adalah dengan cara :

  1. Meluaskan pasaran produk hasil pertanian di Pasar Tani bagi membolehkan orang ramai mendapatkannya dengan mudah. Selain itu secara tidak langsung, cara ini dapat memberi peluang latihan kepada usahawan tani dalam memasarkan produk mereka kepada orang ramai. Dengan pemasaran cara ini, dapat memberi peluang kepada pengeluar desa untuk menjual hasil keluaran mereka dengan sempurna dan menarik.
  2. Pasar tani borong dan pusat jualan borong pula dapat memberikan saluran pemasaran khas untuk menaikkan taraf peserta Pasar Tani dan usahawan-usahawan asas tani selain dapat mengubah perniagaan jenis peruncitan kepada bidang pemborongan.
  3. usahwan-8Pasar tani mega pula memberi ruang perniagaan yang lebih luas untuk membolehkan usahawan tani memasarkan produk keluaran mereka disamping kemudahan awam yang lebih selesa, persekitaran yang ceria selain teknik memperagakan barangan jualan dengan lebih kemas dan menarik. Jika ingin produk yang dipasarkan lebih menyerlah, pembungkusan dan penceritaan sesuatu produk online perlu dibuat dengan baik bagi menarik perhatian pelanggan.
  4. Usahawan tani juga perlu menimba ilmu lain lagi seperti peraturan penggredan, pembungkusan dan pelabelan keluaran pertanian mereka agar lebih bersistematik. Selain itu, pihak FAMA juga ada menyediakan perkhidmatan sokongan lain seperti cara meningkatkan imej dan persembahan produk bagi membolehkan produk mereka memenuhi kehendak pasaran tempatan dan global.usahawan-13
  5. Dengan mengikuti Program Bimbingan Usahawan dapat membantu meningkatkan tahap profesionalisme usahawan dalam bidang pemasaran produk melalui promosi dan penganjuran karnival, ekspo ataupun pesta.
  6. Program ladang kontrak pula dapat membantu petani berskala kecil dan sederhana bausahawan-11gi menjamin pengeluaran hasil pertanian selain mendapatkan pulangan yang setimpal. Selain itu, Kontrak Pemasaran Produk Segar pula adalah persetujuan di antara petani dengan FAMA bagi menjamin pasaran produk mereka.

Dengan kemudahan 1401694275-8321_3_oonline yang disediakan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) , pengusaha tempatan perlu memanfaatkan platform ini bagi meningkatkan pendapatan masing-masing dengan memasarkan produk. Ini adalah bagi membantu usahawan, petani, penternak dan nelayan dalam usaha memperluaskan pasaran perniagaan produk pertanian secara global dan berteknologi. Cara ini diperkenalkan kerana ia kian Ia sukai seiring dengan perkembangan pesat teknologi yang mana, pembelian secara atas talian semakin mendapat perhatian masyarakat. “Agrobazar.com yang dibangunkan kerajaan adalah medium baharu dalam memasarkan produk dengan komuniti agro makanan atas talian pertama di Malaysia. usahawan-10Ia merangkumi produk pertanian, produk kecantikan dan sebagainya. Kaedah ini juga memperlihatkan bahawa perniagaan secara online ini mempunyai potensi yang amat baik dan lebih menarik kerana ia melibatkan kos yang rendah dengan pasaran yang luas dan peniaga juga boleh melakukan perniagaan secara sendiri atau separuh masa dari rumah. Program ini membolehkan usahawan dalam talian menjimatkan kos operasi, berdikari selain memiliki pasaran luas tanpa orang tengah.

usahawan-4

Kaedah-kaedah yang disenaraikan dia atas, diharapkan dapat memberi peluang perniagaan kepada pengusaha tempatan agar lebih berkembang dan meningkat ke peringkat lebih tinggi sekali gus mampu meningkatkan ekonomi keluarga mereka.usahawan-6Kaedah pemasaran produk usaha tani bukan sahaja melihat kepada pembungkusannya, tetapi juga menekankan kepada peningkatan kualiti produk agar dapat bersaing ke pasaran global. Semoga dengan kaedah-kaedah yang kita ada melalui proram ini  dapat membantu meningkatkan jualan produk tempatan dan menjadi usahawan tani yang berjaya.

STRATEGI USAHAWAN TANI

Pemasaran Produk Pertanian

Pengenalan

Sebahagian usahawan tani tidak mampu ataupun tidak mempunyai peluang bagi mengadakan promosi kerana kos promosi yang tinggi dan dengan ini pemasaran produk tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan sekaligus mengakibatkan jualan produk merosot dan seterusnya pendapatan mereka berkurangan. Pengguna juga sukar mendapatkan produk hasil usahawan tani kerana kebanyakan usahawan tani tidak mampu untuk memasarkan produk mereka dihypermarket dan kedai-kedai runcit. Lantaran itu Program Promosi Produk Usahawan tani atau Industri Kecil dan Sederhana  di Pasar Tani amat sesuai kerana kosnya yang murah dan capaian kepada pengguna yang berkesan. Boleh dikatakan hampir semua usahawan dalam perusahaan kecil dan sederhana bermula secara kecil-kecilan seperti menjual secara persendirian atau di pasar tani.

Tujuan pemasaran produk ini dibuat adalah sebagai satu saluran untuk pengguna mendapatkan produk usahawan tani dengan harga yang berpatutan selain dapat membantu usahawan memasarkan produk keluaran mereka dengan lebih teratur dan terurus. Selain itu, usahawan juga dapat mengadakan promosi dan jualan dengan kos yang minima.Antara langkah yang boleh diambil dalam memasarkan produk usahawan tani ini adalah dengan cara :

  1. Meluaskan pasaran produk hasil pertanian di Pasar Tani bagi membolehkan orang ramai mendapatkannya dengan mudah. Selain itu secara tidak langsung, cara ini dapat memberi peluang latihan kepada usahawan tani dalam memasarkan produk mereka kepada orang ramai. Dengan pemasaran cara ini, dapat memberi peluang kepada pengeluar desa untuk menjual hasil keluaran mereka dengan sempurna dan menarik.

  2. Pasar tani borong dan pusat jualan borong pula dapat memberikan saluran pemasaran khas untuk menaikkan taraf peserta Pasar Tani dan usahawan-usahawan asas tani selain dapat mengubah perniagaan jenis peruncitan kepada bidang pemborongan.

  3. Pasar tani mega pula memberi ruang perniagaan yang lebih luas untuk membolehkan usahawan tani memasarkan produk keluaran mereka disamping kemudahan awam yang lebih selesa, persekitaran yang ceria selain teknik memperagakan barangan jualan dengan lebih kemas dan menarik. Jika ingin produk yang dipasarkan lebih menyerlah, pembungkusan dan penceritaan sesuatu produk online perlu dibuat dengan baik bagi menarik perhatian pelanggan.

  4. Usahawan tani juga perlu menimba ilmu lain lagi seperti peraturan penggredan, pembungkusan dan pelabelan keluaran pertanian mereka agar lebih bersistematik. Selain itu, pihak FAMA juga ada menyediakan perkhidmatan sokongan lain seperti cara meningkatkan imej dan persembahan produk bagi membolehkan produk mereka memenuhi kehendak pasaran tempatan dan global.

  5. Dengan mengikuti Program Bimbingan Usahawan dapat membantu meningkatkan tahap profesionalisme usahawan dalam bidang pemasaran produk melalui promosi dan penganjuran karnival, ekspo ataupun pesta.

  6. Program ladang kontrak pula dapat membantu petani berskala kecil dan sederhana bagi menjamin pengeluaran hasil pertanian selain mendapatkan pulangan yang setimpal. Selain itu, Kontrak Pemasaran Produk Segar pula adalah persetujuan di antara petani dengan FAMA bagi menjamin pasaran produk mereka.

Dengan kemudahan online yang disediakan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) , pengusaha tempatan perlu memanfaatkan platform ini bagi meningkatkan pendapatan masing-masing dengan memasarkan produk. Ini adalah bagi membantu usahawan, petani, penternak dan nelayan dalam usaha memperluaskan pasaran perniagaan produk pertanian secara global dan berteknologi. Cara ini diperkenalkan kerana ia kian Ia sukai seiring dengan perkembangan pesat teknologi yang mana, pembelian secara atas talian semakin mendapat perhatian masyarakat. “Agrobazar.com yang dibangunkan kerajaan adalah medium baharu dalam memasarkan produk dengan komuniti agro makanan atas talian pertama di Malaysia. Ia merangkumi produk pertanian, produk kecantikan dan sebagainya. Kaedah ini juga memperlihatkan bahawa perniagaan secara online ini mempunyai potensi yang amat baik dan lebih menarik kerana ia melibatkan kos yang rendah dengan pasaran yang luas dan peniaga juga boleh melakukan perniagaan secara sendiri atau separuh masa dari rumah. Program ini membolehkan usahawan dalam talian menjimatkan kos operasi, berdikari selain memiliki pasaran luas tanpa orang tengah.

Dengan kaedah-kaedah yang disenaraikan dia atas, diharapkan dapat memberi peluang perniagaan kepada pengusaha tempatan agar lebih berkembang dan meningkat ke peringkat lebih tinggi sekali gus mampu meningkatkan ekonomi keluarga mereka. Kaedah pemasaran produk usaha tani bukan sahaja melihat kepada pembungkusannya, tetapi juga menekankan kepada peningkatan kualiti produk agar dapat bersaing ke pasaran global. Semoga dengan kaedah-kaedah yang kita ada melalui proram ini  dapat membantu meningkatkan jualan produk tempatan.