Teknologi Pertanian

tubeplot  azam1i

TEKNOLOGI TUBE PLOT

Salah satu inovasi pertanian oleh Jabatan Pertanian ialah TEKNOLOGI TUBEPLOT iaitu satu pendekatan baru dalam aktiviti pertanian bandar. Pertanian Bandar merupakan satu pendekatan baru dalam dunia pertanian dimana ia membolehkan kawasan yang semmpit dan kecil dikawasan urban mampu mengeluarkan bahan makanan. Pelbagai ‘vertical technology’ telah pun diperkenalkan termasuk Teknologi Hidroponik, NFT, Fertigasi, GreenKit dan sebagainya. Pada asasnya Teknologi ‘Tube Plot’ boleh ditempatkan dikawasan yang terhad. Ia juga sesuai diletakkan di halaman rumah teres, banglo atau rumah pangsa Setiap aras boleh dilaraskan ketinggian berdasarkan jenis-jenis tanaman yang mahu ditanam. Teknologi ini mampu untuk menghasilkan bahan makan terutamanya jenis sayuran daun yang segar, bersih dan selamat dimakan. Ia mudah dipasang dan diselenggara dengan kos yang mampu dibayar oleh mereka yang minat menggunakannya.

 Teknologi ini melibatkan tanaman yang disyorkan untuk sistem Tube Plot adalah jenis yang terdiri daripada tumbuhan jenis berdaun seperti sayuran, ulam dan juga jenis herba. Pemilihan jenis tanaman ini perlu disesuaikan dengan kehendak dan sistem pertumbuhan sama ada jenis menegak, menjalar atau merayap. Pelbagai tanaman boleh yang hendak ditanam bergantung kepada minat dan keperluan pengguna bagi setiap tingkat atau pada tingkat yang sama. Kadar pengeluaran yang tinggi bagi setiap tingkat juga bergantung kepada pengurusan. Lazimnya setiap tingkat boleh menghasilkan sehingga 40 pokok dan TubePlot boleh menghasilkan 200 pokok pada satu meter persegi dengan lima aras ketinggian. Jika ada yang mempunyai ruang dan modal mencukupi kemungkinan ia boleh membuat sistem Tubeplot ini sebagai pusat pengeluaran sayuran dikawasan bandar dengan komersil. Ia boleh disusun dikawasan penanaman dengan baik dan penuaian dilakukan secara berperingkat.

Teknologi pertanian bandar itu dikenali ‘Tropical Urban Environment’ atau TUBE plot. Bentuknya yang ring­kas menjadikan ia amat praktikal dan menjimatkan ruang dengan struktur dibina menegak untuk aktiviti pertanian bandar. Pertanian menegak digunapakai di kawasan bandar besar yang mempunyai ruang bertani sempit dan padat. Pokok ditanam meng­gunakan kaedah silang atau jujuran bagi mendapatkan hasil yang tinggi. Bahan struktur ini diperbuat daripada besi tahan karat yang mudah dipasang dan ringan, manakala material takungan daripada bahan plastik Polypropylene (PP).

             Pendekatan penggunaan TUBE plot dikhususkan untuk kawasan perumahan bertingkat tinggi. Struktur TUBE plot direka bentuk setinggi lima tingkat (maksimum) dan tiga tingkat (minimum). Setiap tingkat menghasilkan 40 pokok jenis berdaun. Biasanya tumbuhan yang ditanam adalah jenis biasa dimakan di rumah seperti salad yang memberi nilai tambah kepada pemilik. Antara beberapa kaedah penanaman tanpa tanah ialah konsep fertigasi melalui sistem pengairan titis dan hidroponik. Kelebihan TUBE plot ianya boleh menggunakan dua kaedah itu dalam satu sistem. TUBE plot juga mempunyai perlindungan tanaman dengan kaedah pemasangan jaring kalis serangga sesuai untuk individu yang enggan menggunakan racun serangga pada tanaman mereka dan jaring praktikal digunakan terutama komuniti bandar.

            TUBE plot dibina dengan ketinggian dua meter, manakala bekas tanaman pula berkeluasan satu meter.  Selain itu, kelebihan teknologinya membolehkan ia diberikan istilah ‘multi crop’ atau pelbagai tanaman. Setiap tingkat boleh ditanam dengan pelbagai sayuran berdaun berbeza, antaranya jenis berdaun, tempoh matang singkat dan berakar pendek. Sayuran dicadangkan ialah salad, kailan, pak choi, sawi, kangkung, bayam, daun sup dan daun bawang.  Kategori ulam seperti pegaga, ulam raja, cekur, kaduk, daun kesum dan herba ialah selasih dan pudina.

TUBE plot adalah salah satu teknologi baru di negara ini dan ia dalam proses mendapatkan paten Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). MARDI juga meng­aplikasikan dua jenis TUBE plot iaitu membabitkan unit ‘individu’ dan modular. Jenis individu adalah menerusi pemasangan pam tangki di bahagian bawah unit manakala jenis modular adalah gabungan beberapa unit TUBE plot. Menurut kajian, pada 2020, dianggarkan 40 hing­ga 45 peratus penduduk bandar utama di Malaysia dikategorikan miskin bandar. Inovasi Tube Plot ini secara tidak langsung dapat membantu mengimbangi keperluan perbelanjaan harian mereka terutama pada makanan.

 

pertanian-adalah-perniagaan