Usahawan Tani – Nenas

mohd-shah-1

Walaupun kejayaan yang diperolehnya telah memberikan pendapatan yang tinggi, Mohd Shah Dasin yang kini menjengah usia 32 tahun tetap memilih untuk hidup secara sederhana. Di atas rasa tanggungjawab terhadap kampung kelahirannya itu, beliau telah membuka peluang pekerjaan kepada para penduduk kampung untuk sama-sama mengusahakan kebun nanasnya. Dengan jumlah pekerja tetapnya adalah sebanyak lima orang, anak muda hitam manis itu sentiasa mengalu-alukan para penduduk kampung untuk bekerja di kebunnyna secara sambilan. Katanya, dia meletakkan hasrat untuk meluaskan lagi tanaman nanasnya itu memandangkan permintaan terhadap buah yang ditanam di tanah gambut itu sentiasa mendapat sambutan. Menerusi keuntungan yang diperoleh dari tahun ke tahun, beliau secara bijak mengaturkan perniagaan taninya itu dan dia kini mempunyai tanah seluas 10 ekar miliknya sendiri.

Buat ketika ini, beliau turut menyewa tanah milik orang kampung di kawasan seluas 20 ekar bagi menjalankan penanaman nanasnya dan dia kini dalam perancangan untuk menambah 14 ekar lagi. Berkat usaha gigihnya yang tidak mahu mengenal erti jemu, beliau berjaya mengeluarkan keluarganya daripada kepompong kemiskinan di samping membantu membuka peluang ekonomi di Kampung Balang Kecil. Menyedari pentingnya kepelbagaian untuk mengukuhkan ekonomi, beliau mempelbagaikan kegiatan pertaniannya dengan menjalankan penternakan lembu serta penanaman pokok pisang.

Mohd Shah  ternyata seorang pemuda yang istimewa kerana pemikirannya yang kreatif dan jauh ke hadapan membolehkannya memperoleh pendapatan yang jauh lebih tinggi daripada penebar roti canai di Kuala Lumpur. Pada usia yang cukup muda, beliau bijak mengambil peluang untuk mengusahakan tanaman nanas secara komersial walaupun ramai pihak yang sangsi pada mulanya.

“Saya berasa bertuah kerana dapat melakukan apa yang saya minat namun saya sentiasa berpegang kepada pepatah ‘bukan senang nak senang, Oleh kerana itu, saya tidak menoleh ke belakang lagi dan komited untuk mengusahakan tanaman nanas ini hingga berjaya,” katanya.

Mohd Shah Dasin, Muar, Johor

 

Tokoh Usahawan – Cendawan

cendawanNama                       : Rusila Yusof
Tarikh Lahir              : 21 Jun 1981
Negeri Kelahiran      :Terengganu

Latarbelakang Akademik :
Lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian dalam bidang Teknologi Kimia (UKM) tahun 2003 dan Sarjana Sains Kimia (UKM) pada 2007.

Berhasrat untuk menjadi usahawan wanita yang berjaya dalam bidang cendawan. Bukan hanya setakat menjadi penanam cendawan, tetapi meluaskan skop dengan meneroka pelbagai bidang yang berkaitan dengannya.

Lain-lain :
– Mengikuti Kursus Penanaman Cendawan Tiram Kelabu di bawah anjuran TPU, UPM
– Mengikuti Kursus Skim Usahawan Komersial Tani Siswazah di bawah anjuran BPM
– Mengikuti Kursus Penanaman Cendawan Tiram Kelabu Anjuran Duriopark Agro Trading

Pengalaman :
– Dijemput oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebagai panel di dalam            Seminar Siswazah Tani Nasional 2008
– Penceramah bagi kursus penanaman cendawan anjuran Kolej Komuniti Hulu Langat,          Kolej Komuniti Kuala Langat dan Kolej Komuniti Pasir Gudang.
– Menjadi penceramah jemputan bagi kursus penanaman cendawan yang dianjurkan oleh      pihak swasta yang lain.
– Penulis buku Buat Duit Dengan Cendawan terbitan PTS Publication